Kenyataan Sempena Pelancaran Inisiatif Ulama Ummah bagi Pembebasan Para Tahanan

الحمد لله، والصلاة والسلام على سيدنا رسول الله، وبعد،
Para ulama menelusuri dengan penuh perasaan kesedihan, penyesalan dan keingkaran terhadap pencabulan hak asasi manusia dalam kalangan ummah, dan penangkapan berleluasa yang berlaku di beberapa negara, bahkan hingga ke peringkat penumpahan darah yang diharamkan, dan pembunuhan jiwa yang tidak bersalah dengan mengeluarkan hukuman politik dalam kes-kes rekaan, melalui siasatan palsu, dan pengakuan yang diambil secara paksa melalui pelbagai bentuk penyiksaan dan penganiayaan yang paling hina. Ini semua mewajibkan seluruh ummah untuk bangkit mengingkarinya dengan segala cara yang sah, dan agar semua pihak bersatu memperjuangkannya, demi menegakkan keadilan dan membela orang-orang yang dizalimi.
Allah SWT telah mengambil perjanjian daripada para ulama agar mereka menjelaskan berdasarkan kehendak syarak, bangkit melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar, berusaha membela golongan tertindas dan menyelamatkan mereka yang sepatutnya bebas dan dimuliakan. Oleh itu, para ulama hari ini menyeru agar seluruh pihak di dunia hari ini bangkit menjalankan tanggungjawab syarak mereka dan berusaha secara praktikal mengenai isu ini. Mereka juga bertekad untuk terus berusaha siang dan malam serta memperbaharui janji dengan Allah SWT dan manusia untuk berusaha dengan segala kemampuan yang ada serta melakukan komunikasi dan interaksi serta menggunakan segala saluran yang ada yang membolehkan pembebasan semua tahanan dan melepaskan mereka di seluruh negara di dunia.
Ketika para ulama memimpin kebangkitan bagi melaksanakan amanah ini dengan benar, dan ketika mereka meyakini bahawa ummat ini berkemampuan mempertahankan kebebasannya dan memelihara kemuliaan anak bangsanya, dan ketika mereka membela isu-isu hak asasi dan keadilan serta membela hak persaudaraan Islam dan kemanusiaan, dan ketika mereka berdiri menentang kezaliman, penindasan dan jenayah yang dilakukan terhadap mereka yang tidak bersalah; mereka melakukannya dengan bertitik tolak daripada tuntutan kuasa syarak dan amanah ilmiah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Ini adalah kerana mereka adalah menara ummat ini dan kepada mereka tali kendalian ummat ini diserahkan ketika berlaku krisis dan kekacauan. Juga bertitik tolak daripada tuntutan persaudaraan kemanusiaan dan tanggungjawab sejarah. Lebih daripada itu, ia adalah tuntutan melalui firman Allah SWT (al-Ma’idah: 32) yang bermaksud “dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya”, juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Seseorang muslim adalah saudara kepada saudaranya yang muslim, tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya... (Muttafaq ‘alaih daripada Ibn ‘Umar)
Sebagai langkah permulaan bagi melaksanakan kewajipan bagi membela mereka yang dipenjarakan di Mesir sama ada daripada kalangan lelaki dan wanita, maka mereka mengisytiharkan perkara-perkara berikut:
1- Bahawa penahanan puluhan ribu individu daripada pelbagai aliran dan kecenderungan yang menentang regim pemerintah di Mesir merupakan salah satu daripada dosa, jenayah dan pencabulan yang besar. Dosanya ditanggung oleh semua yang turut terlibat, sama ada melalui perkataan, perbuatan bahkan dengan perasaan reda.
2- Bahawa pembunuhan sistematik yang berlaku dalam penjara Mesir dan negara lain, serta hukuman bunuh yang telah dijatuhkan dan akan dijatuhkan, adalah bertentangan dengan syariat Allah, bercanggah sama sekali dengan keadilan dan berlawanan dengan kemanusiaan dari semua sudut. Ia adalah kezaliman, kekejaman dan tindakan balas dendam. Usaha melaksanakannya adalah jenayah pembunuhan secara sengaja yang boleh menyebabkan penurunan azab Allah dan akan mengakibatkan pelakunya memperoleh pembalasan di dunia dan akhirat.
3- Bahawa berusaha untuk menyelamatkan para tahanan politik dan mereka yang dijatuhkan hukuman mati secara zalim serta membebaskan mereka daripada tahanan merupakan kewajipan berdasarkan syarak, moral dan kemanusiaan. Setiap orang yang mampu tetapi tidak bangkit menjalankan tanggungjawab ini adalah dikira berdosa. Bangsa dan ummat ini juga berkewajipan untuk bangkit membebaskan para tahanan mereka dan berusaha menghentikan segala fenomena kezaliman dan penindasan.
4- Sesungguhnya ulama ummat ini dituntut oleh syarak untuk menjelaskan kewajipan ini terhadap segala pencabulan hak asasi manusia mengikut kemampuan mereka sama ada melalui kata-kata atau tindakan atau segala kemampuan mereka berdasarkan pengaruh dan penghormatan masyarakat yang mereka miliki. Mereka juga berkewajipan memandu ummat dari sudut ilmu dan secara amali ke arah menghilangkan kezaliman, menentang penindasan dan menegakkan keadilan serta kebebasan.
5- Bahawa berusaha membebaskan para tahanan tersebut adalah menjadi tanggungjawab setiap orang yang mampu berbuat demikian, sama ada dari sudut syarak, politik, ekonomi, sosial, hak asasi, undang-undang atau media. Isu para tahanan yang terdiri daripada kaum lelaki atau wanita itu, hendaklah dikeluarkan daripada perkiraan pertembungan pemikiran, tipu daya politik dan pelbagai afiliasi, sebagaimana semua pihak hendaklah bersepakat pada isu bersama iaitu pembelaan mereka yang dizalimi.
6- Bahawa para ulama yang menandatangani kenyataan ini telah berikrar untuk menggerakkan usaha ini secara berterusan sehingga setiap tahanan mencapai hak kebebasannya dan setiap yang dizalimi menikmati hak keadilannya. Mereka hanya memohon pertolongan Allah SWT semata-mata dan berusaha untuk bekerjasama dengan setiap pihak yang ikhlas daripada kalangan ummat ini dan semua mereka yang mulia di mana sahaja mereka berada. Firman Allah SWT (al-Anfal: 39) yang bermaksud “…sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.” Mereka juga menyeru semua ulama seluruh dunia, semua badan ulama, pertubuhan dakwah, para tokoh yang bebas dan para pemimpin yang berpengaruh untuk menyertai kebangkitan ini pada semua peringkat sama ada antarabangsa, kebangsaan atau awam, demi menyatakan kebenaran, membela yang tertindas, menolak kezaliman dan sebagai menjalankan kewajipan. Firman Allah SWT (al-Shu‘ara’: 227) yang bermaksud “Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.”
Ditandatangi oleh:
Organizations:
- Association of Sunni Scholars - ssociation of Islamic Union - Scientific Assembly of Afghan Scholars -The Permanent Committee to Support AlQuds and Palestine - The Yemeni Renaissance Society - The Association of Scholars and Preachers Southeast Asia - Union of Scholars and Islamic Schools Turkey - Malaysian Islamic Call Association - Islamic Fiqh Academy in India - Endowment of the House of Propaganda and Preachers in Lebanon - Association of Muslim Scholars in Lebanon - The Muslim ScholarsAuthority of Lebanon - Union of Al-Azhar Scholars
Individuals
The Scholar Shiekh/ Mohamed El-Hassan Ould El-Dado
Dr. Ahmad al-Raysuni – President of the International Union of Muslim Scholars
Dr. Ali AlQuraDagi - Secretary General of the International Union of Muslim Scholars
Dr. Abdel Fattah Al Iwesi – Professor of International Relations.
Dr. Sayyid Al-Ghamdi
Professor Mohamed Gurms - President of the Institute of the Islamic Thought at Ankara
Al-Shaikh/HasainHalawa- TheSecretary-General ofEuropean Council for Fatwa and Research
Mohamed Enayatu Al-Allah Assad Sabhani- The Islamic Thinker – India
Dr. AkramKassab
Dr. Abdel WahhabAikenji
Dr. Ramadan Khamis
Dr. Mohammad El-Sagheir
Shiekh Ragab Zaki
Dr. Monier Goma’
Sheikh Abdel Azeez Ragab
Dr. Mohi El-Deen Ghazi – Deen of Al-Quran Faculty at the Islamic University of Kirla, and Secretary of the Islamic Community of India
Shiekh Dr. Abdel Hakim Abdel Rahman Al Saadi – Professor ofFundaments of Fiqh at Shari’a Faculty – Qatar University.
Shiekh Yehia Hussein Al Biredi - The Muslim scholar in Lebanon.
Shiekh Mostafa KhedrAloush - The Muslim scholar in Lebanon
Dr. Ahmad Al-Amri - Chairman of the Al-Quds Committee, World Federation of Muslim Scholars
Shiekh Sammy Al-Khatib - Muslim scholars in Lebanon
Shiekh Mustafa Aloush - Muslim scholars in Lebanon
Shiekh Ali Ahmed Hassan - Muslim scholars in Lebanon
Dr. Salem Al-Rafi - Muslim scholars in Lebanon
Dr. Adnan Amma - Muslim scholars in Lebanon
Dr. Salah Mukati - Muslim scholars in Lebanon
Dr. Muhammad Ali Al-Halabi Muslim scholar in Lebanon
Dr. Mohammad Ghassan Al Kassar - Muslim scholars in Lebanon
Dr. Salah Al-Qadri, Professor of Islamic Leadership and AdministrationUniversity of Islamic Sciences of Malaysia
Dr. Omar Hassian - Muslim scholar in Lebanon
Dr. Sherief Ezzat Atwi - Muslim scholar in Lebanon
Dr. IesaEbeid - Muslim scholar in Lebanon
Dr. Mohammad Sorour - Muslim scholar in Lebanon
Dr. Khalid Al-Arefi - Head of the Executive Officeof Muslim scholar in Lebanon
Dr. Ahmad Amoura - Head of the Media Department of the Muslim scholar in Lebanon
Shaikh Mohammed Al-Hajj- Member of the Chief Administrative Officerat Muslim scholar in Lebanon
Shaikh Bassam Kaiyd - Chairman of the League of Palestinian Scholars in Lebanon
Shaikh Sami El-Khateib – member of the International Union for Muslim Scholars
Shaikh Mostafa Allosh – member of the International Union for Muslim Scholars
Dr. Mohammad Al-Shati - Former President of the Commission
Shaikh Hassan Katarji – President of the Association of the Islamic Union in Lebanon
Shaikh Ahmad Gaber Ali – Preacher and member of the Fatwa Committee in Al-Azhar
Shaikh Mohammad Abdel-Aziz Al-Adawi – Imam and Preacher
Shaikh Khaled Fayad - Former Director General of Da’wa at the Alexandria Waqf, and currently the agent of the Union of AzharianScholars.
Shaikh Ahmad Naser El-DeenKhodier - Secretary of the Fatwa Committee of the Union of Al-Azhar Scholars
Shaikh Mahmoud Mahmoud Mohammad Youssuf - Imam of a mosque in Qatar
Dr. Ibrahim Kamel - Imam of the Islamic Center of Southern California and member of the International Union of Muslim Scholars
Shaikh Abdel-Aziz Ragab - Secretary General of the Union of Al-Azhar Scholars
Dr. Mostafa Solaiman Kamel - Imam of the Islamic Center in Anaheim, California, and teacher of jurisprudence and its origins in Islamic universities
Shaikh Mohammad Elsaid Abdel-Fatth Salem
Shaikh Alsabahi Mahmoud Arafat - Imam and preacher at the Egyptian Ministry of Awqaf
Shaikh Ahmad Helmi Ismaiel - Imam and preacher at the Egyptian Ministry of Awqaf
Shaikh Bakr Abou Iegela Al- Said - Imam and preacher

Dr. Abdel-Fattah Al-Eisawi - Professor of international relations
Dr. Ahmad Hawwa
Shiekh Hassan Bin Ali AL-Kettani -
Sheikh Al-Hassan bin Ali Al-Kitani - President of the League Arab
Morocco Scholars and Member of the General Secretariat of the League Muslim Scholars
Dr. Abdullah Mostafa Abou Mahiah - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. WesamTawfeekTafesh - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Mohammad Gaber - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Ahmad Gazi El-Tahsh - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. AttefQashou’ - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Khalid Harmoush - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Ahmad Alaa El-Deen - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Ehab Nafei’ - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Ahmad Al-Baqqar - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Maher Mahmoud - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Ziad Hamada - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Shiekh Khalid Al-Areif - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Mohammad Al-Shati - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Shiekh Ahmad Amoura - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Mohammad Eskandar - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Ahmad Ali Ebeid - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Abdullah Al-Dahabi - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Sohaib Khalaf - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Khedr Mohammad Akkari - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Abdel-Raouf Al-Zogbi - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Khedr Khalid Al-Rashadi - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Belal Naooshi - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Dr. Faisal Yakhni - Council of Muslim Scholars in Lebanon
Sheikh / Saad Gad - Imam and Preacher of the Egyptian Waqf
Sheikh Ammar Othman - Lecturer in Malaysian Islamic Affairs
Sheikh Saeed Al-Qasabi - Imam and Preacher of New Jersey, America
Sheikh Osama Mahmoud Al-Arand - Imam and Preacher of the Islamic Center in Scotland, Britain
Sheikh Abdul Khaleq Abdullah Imam - Imam, Preacher and Teacher in the Ministry of Awqaf
Dr. Badawi Bayraktar - Lecturer at Agri University
Sheikh Rabee Abu Eid - Teacher at Al-Azhar Al-Sharif
Sheikh Essam Fayez - Imam and Preacher at the Ministry of Awqaf
Dr. Atta Al-Shahat Mahmoud - Inspector at the Ministry of Awqaf and member of the International Union of Muslim Scholars
Dr. Mohamed El-SherbinySaqr - University Professor
Dr. Mufti Omar Abdeen Al-Qasimi Al-Madani - Vice President at the Islamic Higher Institute in Hyderabad
Sheikh Khalid Saifullah Rahmani, Secretary General of the Indian Fiqh Council
Dr. Muhammad Karim
Dr. Saad Allah Al-Amidi
Dr. Nabil Al-Fouli - Member of the Association of Sunni Scholars
Dr. Hassan Al-Kittani - Member of the Association of Sunni Scholars
Dr. Abdul Halim Abdullah Hassan - President of the Malaysian Islamic Call Association
Dr. Jamal Abdul Sattar - Secretary General of the Association of Sunni Scholars
Dr. Wasfi Ashour Abu Zaid - Member of the Executive Office of the Association of Sunni Scholars
Dr. Attia Adlan - Member of the Association of Sunni Scholars
Dr. Hatem Abdel Azim - Member of the Association of Sunni Scholars
Dr. AkramKassab - Member of the Association Sunni Scholars
Dr. Hamdi Arslan - Member of the Executive Office of the Association of Sunni Scholars
Dr. Osama Abu Bakr - Member of the Executive Office of the Association of Sunni Scholars
Dr. Muhammad Abd al-Maqsoud Muhammad - Member of the Executive Office of the Association of Sunni Scholars
Dr. Munir Jumaa - Member of the Executive Office of the Association of Sunni Scholars
Sheikh Salama Abdul Qawi - Member of the Executive Office of the Association of Sunni Scholars Sheikh: Rajab Zaki - Member of the Association of Sunni Scholars
Dr. Alaa Muhammad Saeed - Member of the Association of Sunni Scholars
Dr. Masoud Sabri - Member of the Association of Sunni Scholars
Sheikh Muhammad Nur al-Din Yang - Member of the Association of Sunni Scholars
Sheikh Muhammad Noah Mayulong - Member of the Association of Sunni Scholars
Dr. Fahmi Salem Zubair, Director of the "Understanding the Qur'an" Center in Jakarta